Saturday, January 26, 2013

Jom membudayakan sedekah! :)




261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha Mengetahui/

262. Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudia dia tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati

263. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun


264. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir.t.

265. Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan yang lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kami ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

266. Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin menpunyai kebun kurna dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kencang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.

267. Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik dan sebahagian dari hasil usahamu yang baik sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan darinya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

268. Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNYa dan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui.

269. Allah menganugerahkan al-Hikmah (pemahaman yang dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

270. Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang yang berbuat zalim tidak ada seorang pun baginya.


271. Jika kamu menzahirkan sedekah(mu)maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


272. Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat pentunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya yang cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).

273. (Berinfaklah) kepada orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka bahawa mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu (Muhammad) mengenali mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

274. Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara bersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Surah al Baqarah 2 : 261-274)

Sunday, December 30, 2012

Rindu




Rindukah saya pada mama? Ya, saya merinduinya. Sudah hampir 3 hari saya berturut-turut hubungi mama tapi tak dapat. Yang angkat call hanyalah adik-adik saya. Mama saya demam, setiap kali saya call mama tengah tidur ataupun rehat. Moga Allah berikan kesembuhan buat mama saya! 



Log in Facebook hari ini, tiba-tiba di homepage usrahmate saya, ukhti Zainab post video "Lagu untuk Ibu" by Brothers. Rupanya, kami sama-sama sedang merindui ibu kami. Sobbbs :(

Rindu ini tidak pernah saya zahirkan di hadapan adik-adik saya. Biarlah ianya terlipat kemas jauh di lubuk hati saya.

Saya tidak dapat membayangkan hatta sesaat kesusahan anak-anak kecil di Palestin yang kehilangan ibu mereka, yang melihat ibu mereka dibunuh di hadapan mata mereka.

Teringat satu kisah, seorang makcik, jarinya tersepit di celahan pintu kereta. Kesakitan membuatkan dia menangis. Namun hati saya begitu sayu melihat dua anak kecilnya juga menangis apabila melihat ibu mereka menangis. Tiada siapa mengajar mereka, namun kasih sayang di antara seorang ibu dan anak sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Melihat mereka, saya terbayang trauma yang menimpa kanak-kanak Palestin.

Ada yang melihat kejadian rogol yang menimpa akak dan ibu mereka. Ada yang melihat otak adik mereka bersepai kerana peluru biadap Israel laknatullah. Kadangkala mereka sendiri membersihkan darah-darah ibubapa mereka yang mengalir di lantai rumah. Allah, hebatnya kekuatan iman mereka.

 Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu di sana

Monday, December 24, 2012

Mata Kecilku


MATA KECILKU
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
“Masihkah Kau sayangkan Aku?”
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Mata Kecilku Mata KecilKu Puasi Afdlin Shauki
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni… ISLAM.


Allah. Allah. Allah. Tersentuhnya mendengar puisi Mata Kecilku oleh bro Afdlin Shauki sampai merah mata dan tersumbat hidung. (nasib baik roommate tengah tidur, kalau tak hilang ke-macho-an. huhu )
SubhanAllah hidayah Allah itu bila-bila sahaja boleh menyapa. Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati  andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu.

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang (maksudnya hukum-hukum, pelajaran dan kisah-kisah diulang-ulang menyebutnya dalam AL-Qur’an supaya lebih kuat pengaruhnya dan lebih meresap), gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki Nya, Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun, pemberi petunjuk baginya. ( Az Zumar : 23)
 Keep on praying for GAZA!