Sunday, January 22, 2012

Siapa kata perempuan lembik?



Siapa kuat? Siapa gagah? Pasti jawapan yang keluar adalah lelaki. Biasala kaum adam memang dianugerahkan dan terkenal dengan sifat gagah dan kuat daripada hawa.

Tapi tak salah kalau perempuan jadi kuat.
Bagi saya perempuan yang kuat itulah perempuan yang tabah, sabar, dan redha menghadapi ujian dari Allah, mampu lawan rasa tak larat, menyumbang buah fikiran, bijak, tak mudah rasa lemah, tak berputus asa.

Siapa insan pertama yang terima Islam dari Rasulallah? Khadeejah!
Siapa insan pertama syahid dalam Islam? Sumayyah!
Semuanya PEREMPUAN! PEREMPUAN!

Maaf bukan cuba untuk bersikap prejudis cuma ketahuilah, wanita telah memainkan banyak peranan yang penting dalam sejarah. Berapa banyak kali wanita telah menggoncang dunia?

Kalau kita lihat belakang tabir sejarah penaklukan Sepanyol oleh tentera Islam, salah satu penyumbang kemenangan Islam adalah kerana seorang pembesar Raja Roderick bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera Islam. Kenapa dia bersetuju untuk menumbangkan Roderick? Kerana Raja Roderick menyakiti anak PEREMPUANnya!

Tragedi Natrah pula sebuah tragedi sedih yang mencetuskan kebangkitan beribu-ribu orang Muslim di Singapura dan Tanah Melayu pada tahun 1950, apabila seorang remaja PEREMPUAN Belanda bernama Natrah yang telah dibesarkan sebagai seorang Muslim tergugat keIslamannya dan ingin dimurtadkan setelah dibawa pulang ke Belanda.

Siapa kata wanita tak kuat? Acap kali wanita menggegarkan dunia.

TAPI.....


Read this article first,

Perempuan dan syaitan


Tajuk di atas tidak bertujuan untuk membandingkan antara perempuan dengan syaitan, apa lagi menyamakan kedua-duanya. Sedia makluk bahawa syaitan adalah makhluk terkutuk, musuh bani Adam zaman berzaman. Manakala perempuan pula makhluk istimewa yang diciptakan untuk menjadi pasangan kepada kaum Adam, pasangan yang serasi, yang mampu memberikan ketenangan jiwa dan mendamaikan perasaan.
Khadijah binti Khuwailid, Hawwa, Sarah, Hajar, Aisyah رضى الله عنهن جميعا dan ramai lagi merupakan sebaik-baik contoh pasangan paling serasi yang bukan sahaja berperanan mendamaikan hati suami, malah menjadi tulang belakang yang sangat utuh dalam menampung perjuangan yang dipelopori suami masing-masing.
Namun di samping barisan wanita-wanita hebat itu, sejarah juga turut mencatatkan wajah-wajah hodoh sebahagian wanita yang hati mereka tidak dibaluti dengan iman dan taqwa. Maka jadilah mereka umpama syaitan atau lebih teruk lagi.
Seorang ulamak daripada kalangan as-Salaf as-Soleh pernah berkata, “sesungguhnya aku takut kepada perempuan lebih daripada aku takut kepada syaitan!” Apabila ditanya alasannya, beliau menjawab, “Allah berfirman mengenai perempuan “إِنَّ كَيۡدَكُنَّ عَظِيمٌ” (maksudnya: “… sesungguhnya tipu daya kamu (orang perempuan) amatlah besar pengaruhnya.”) (Yusuf:28) Dan Allah berfirman tentang syaitan “…إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِيفًا “ (maksudnya: “…sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.”) (An-Nisaa’:76)


sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/02/perempuan-dan-syaitan.html

Jadi sebagai wanita, janganlah kita jadi wanita yang menyebabkan kejatuhan ummah itu sendiri. Ingatlah tangan yang mengoncang buaian juga mampu mengoncang dunia :)

No comments:

Post a Comment