Tuesday, September 18, 2012

Bukan doktor cinta




Sahabat,
Tiada di hatiku benci padamu
Kerana yang ada hanya sayang fillah kepadamu
Ketahuilah
Aku tidak membencimu
Tidak pernah!
Jauh sekali perasaan itu sahabat
Aku tidak pernah membenci dirimu
Aku cuma benci kemungkaran yang kau lakukan
Cuma itu…

Sahabat,
Titisan air mata mengalir laju ketika keadaan itu ku ketahui
Menangis mengenangkan betapa hebatnya kuasa cinta manusia
Sehingga diangkat tinggi
Melebihi siDia
Sehingga melupakan selainNya

Sahabat,
Lupakah engkau siapa yang menciptakan perasaan cinta itu?
Lupakah engkau siapa yang memberi keupayaan kepada manusia untuk berkasih sayang?
Lupakah engkau?


Sahabat,
Kesatlah air matamu,
Usah dibazirkan untuk yang tidak layak,
Kasih manusia itu bermusim,
Mungkin hari ini kasih,
Mungkin esok tidak pasti.
Yang pasti
Cinta Allah itu hakiki.

Sahabat,
Kembalilah kepada Pencipta cinta
Tinggalkanlah silam itu
Tinggalkanlah
Di sisinya
Dengan izinNya
Bukan cintaNya sahaja yang kau peroleh
Malah cinta orang-orang yang mencintaNya.


- daripada sahabatmu yang dhoif.

Mari melebihkan proses menjadi yang solehah daripada mencari yang soleh. Moga Allah membimbing kita semua. Jom saling ingat mengingati ^_^

No comments:

Post a Comment