Tuesday, September 18, 2012

Bukan harta tapi iman dan taqwa yang membezakan manusia

Bersama akhawat-akhwat IKRAM dan Ketua Wanita IKRAM JBT
melawat ibu tunggal

Agihan barang kepada yang kurang bernasib baik.
Aktiviti IKRAM banyak mentarbiyah penulis


Mereka yang susah, jauh lebih menghargai berbanding kita. Mengapa? 
Kerana mereka tahu, di sebalik kesusahan itu pasti akan ada kesenangan andai kesabaran menjadi teman dan ketabahan menjadi nafas. 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"  

p/s : Saya cukup pantang bila ada orang yang mengherdik atau menghina peminta-peminta sedekah. Bukankah kehadiran mereka membuka peluang kita untuk mencambah pahala? Andai enggan memberi, usahlah dicemuh. Cukuplah dengan sekadar memberi senyuman. Bukankah senyuman itu juga sedekah?

No comments:

Post a Comment