Tuesday, September 18, 2012

Konvesyen Fiqh Politik Islam Semasa


Pernah suatu ketika Fatimah, isteri Umar bin Abdul Aziz ditanya apakah kelebihan Khalifah Umar? Jawabnya : Beliau bknlah lebih kuat daripadamu bangkit di tengah malam & banyak berpuasa tetapi sebenarnya ia lebih takut kpd Allah daripadamu. Inilah yan
g kita cari pemimpin yang takut kpd Allah, bukan takut kehilangan kuasa & jawatan.

Sudah sampai masanya kita meninggalkan politik balas dendam, spt anjuran Baginda SAW saat kota Mekah dibuka pada tahun 8H, baginda SAW bertanya kpd mereka : Apakah yang kamu sangka aku lakukan kepada kamu? Jawab mereka : Saudara yang mulia daripada anak saudara yang mulia. Lantas Baginda bersabda: "Pergilah kamu semua dalam keadaan yang bebas."

Begitu juga sudah sampai masanya sebarang bentuk politik yang bersifat fitnah dan mengaibkan peribadi ahli politik melalui media massa wajib dielakkan kerana itu termasuk dosa besar apatah lagi qazaf tanpa bukti dan saksi.

Para ulama yang benar-benar ikhlas tanpa melihat kepada kepentingan diri, sedikit habuan dunia untuk diperolehinya perlu ada dalam mengimbangi dalam politik suci dan bersih.

Perlu diwujudkan syura yang benar-benar bebas berkiblatkan kepada kepentingan Islam dan maslahat ummah dan ingin menjadi hamba Allah yang benar-benar melaksanakan ubudiyyah kepada Tuhannya.

Ketika itu insyaAllah akan tertegaklah negara yang diturunkan berkat oleh Allah dari langit dan bumi. Seterusnya, ia layak mendapat gelaran 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur'

(Konvesyen Fiqh Politik Islam Semasa 2012, 15 September 2012 di Audi, MBSA)

No comments:

Post a Comment