Tuesday, September 18, 2012

Palestine!



Pasirmu merayu,
Ombakmu menyeru,
Langitmu menunggu,
Cinta saudaramu.

Seluruh dunia,
Bangkitlah semua,
Khabarkan cinta,
Ke Palestin kita.
Palestin, kami datang.

Kau takkan lagi,
Menangis sendiri,
Kami di sisi,
Tak berdiam diri
Palestin, kami datang!

Kami tak menunggu burung Ababil,
Kami sendiri rasa terpanggil,
Menjadi tangan Allah buatmu,
Dengan diri dan harta kami,
Palestin, kami datang!

Viva Palestina,
Mavi Marmara,
Hantaran cinta,
Kami semua.
Palestin, kami datang!

Aqsa bumi suci kita,
Kau pertaruh dengan nyawa,
Teguhmu menguja dunia,
Kami kan turut bersama,
Palestin, kami datang!

Seluruh dunia,
Bangkitlah semua,
Khabarkan cinta,
Ke Palestin kita.
Palestin, kami datang!
(Puisi Palestin Kami Datang, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Umat Islam di Palestin amat memerlukan doa kita untuk mengiringi perjuangan mereka yang tidak pasti bila akan berkesudahan. Teruskan berdoa untuk mereka. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment