Thursday, December 20, 2012

Jalan Yang Ku Yakini




Kini aku semakin pasti dengan jalan ini
Tempoh suatu masa dahulu cukup mengajar
'Uzlahku suatu masa dahulu sudah terjawab
Allah memberiku jawapan yang jelas
Inilah manhaj yang aku yakini!

Kuajak diri untuk merenung sistem ini

Manhaj yang telah terbentuk sejak tahun 1928
4 tahun selepas sistem kekhalifahan musnah angkara tangan yahudi dan nasrani
Tahun 1924 menyaksikan ummat Islam begitu tenat
Terpaksa menerima Barat sebagai Ustaziatul Alam kini.

Bukan sedikit pengorbanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Apabila dakwahnya menggila lebih dahsyat dari ombak tsunami
Jangankan darah, nyawa sekali sanggup digadai
Demi menegakkan Islam membentuk semula aqidah
Kekuatan Ikhwanul Muslim di Gaza bukti nyata.
Hassan Al-Banna tokoh pejuang Islam digeruni pernah berkata:
Di atas dasar sistem Al-Quran ini tertegaklah sebuah negara Islam
Ianya sebuah negara Islam yang benar-benar dengan Al-Quran
Melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi
Dan menyebarkannya ke seluruh dunia.


Berkata pula Syed Qutb, tokoh pejuang Islam yang syahid di tali gantung :

Al-Quran ini datang bertujuan mentarbiyah umat, membentuk masyarakat dan menegakkan sistem.
Ya, kita perlu membersihkan diri dari segala unsur jahiliyyah
Menjadikan Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan agung


Ikhwah dan akhawat itu tidak pernah menyerah kalah
Mengajak fokusnya individu muslim bersama-sama berada dalam sistem ini
Bersama menjadi batu-bata mencapai makam Ustaziatul 'Alam.


7 maratib amal kebanggitan Islam bermula dengan pembinaan 


(1) Fardh Muslim- membaiki diri luar dan dalam dengan USRAH
(2) Baitul Muslim- dikuatkan oleh pasangan suami isteri yang FAHAM untuk tarbiyyah anak-anak Muslim di dalam rumah dan anak-anak ini akan mengembangkan di luar rumah
(3) Masyarakat Muslimpersaudaraan antara Baitul Muslim asas kepada keluarga Muslim yang lebih besar
(4) Kerajaan Islam- apabila keluarga Muslim yang besar semakin kuat, maka wujudlah kerajaan Islam
(5) Daulah Islam- Negara Islam yang berdaulat menggantikan perlembagaan batil ciptaan manusia
(6) Empayar Islam- Islam berkembang di bawah naungan khalifah Islam
(7) Ustaziatul Alam- Tangga tertinggi sehingga Islam menjadi pimpinan dan rujukan kepada dunia



Perjalanan untuk ke Ustaziatul Alam ini telah tersedia sejak 1928

Setiap individu perlu renung dan bersama menyokong membina satu sistem Islam
Buat sahaja tugas dan kerja sebagai hamba (51:56) dan khalifah (2:30) semampunya
Kerana Allah tidak memandang hasilnya tetapi Dia memandang usaha kita






Allah, Allah, letakkanlah aku dalam mana-mana posisi dalam membina puncak Ustaziatul Alam supaya aku dapat merealisasikan Syahadatul Haqku.

"Ikhwah dan Akhwat , tarbiyah ni memakan masa yang panjang, bukan lepas dapat bahan ni hari ni, esok dah jadi orang yang pandai terus, but it's take time to understand dan diserapkan dalam aqal dan dilakukan dengan Amal... makanya tarbiyah ni perlu diteruskan, moga tarbiyah ni yang penting adalah dalam usrah/halaqah, ia perlu konsisten, walaupun lambat, tapi ia akan membina kefahaman yang mantap dan lebih bertahan lama, kerana itulah tarbiyah... Proses pembentukan dan pembinaan seorang Muslim.." - anon


p/s : Jazakillah khairan pada Kak Yati, Kak Hajar, usrahmates dan akhawat-akhawat UKM dan UiTM yang sentiasa bersama sepanjang diri ini sedang membina maratib amal yang pertama. Moga kita semua tidak futur dengan jalan yang kita yakini ini.

No comments:

Post a Comment