Friday, December 21, 2012

usrah dan ukhuwah

Halaqah tetap akan berlangsung meskipun zaman khilafah Islamiyyah telah wujud!” (Mustafa Al-Masyur)


Antum ada usrah? Antum sayang usrah antum?

Saya yakin, kita semua sayangkan usrah-usrah kita tak kira berapa banyak kali kita bertukar naqib/naqibah dan usrahmates.  Sebab kita tahu inilah jalan Rasulullah saw. Inilah sunnah Rasulullah yang dihidupkan semula oleh Imam Hasan al Banna di Mesir di saat Islam sedang terumbang-ambing. Dalam usrah pembentukan diri berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah rabbaniyah berlaku. Dalam usrah hati-hati diikat dan berkasih sayang kerana Allah. Sejak dahulu, kini, selamanya, insyaAllah usrah itu merupakan JIWA kepada sesebuah gerakan dan semoga langkah ini terus istiqamah dengan baiknya.

Umumnya, usrah ini bertemakan UKHWAH FILLAH: Berukhwah kerana Allah.


Ia sesuatu yang bukan sekadar disusun dan dilafazkan dengan kata-kata, namun ia jauh lebih daripada itu. Seolah-olah satu perasaan yang mencengkam sehingga seseorang itu tersenyum - senyum seorang diri dan terasa sedih bila sahabatnya mengalami masalah. Perjalanan yang pahit dan manis sudah digauli sebati. Ukhuwah fillah hubungan tanpa perlu bayaran apa-apa pun. Dirasai dan diterima daripada lubuk hati yang paling dalam. Sahabat yang bila dekat itu ukhuwahnya diraikan, ketika berjauhan pula ia menguatkan.

" Eqa, sincere dalam hati, kita takkan jauh kalau dalam hati ada Allah. Doa banyak-banyak ye"
(mesej yang masih ana simpan dari seorang ukhti yang tersayang dan dirindui)


Ukhuwah fillah itu bertapak di hati.
Mereka yang mencari jalan dekat kepada Ilahi
Bertemu dan berkumpul jualah mereka kerana Ilahi
Satu masa ditakdirkan perpisahan itu diterima juga kerana Ilahi.

Kerja-kerja yang menyatukan hati manusia ini bukan kerja kita tapi Allah.

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Surah An Anfal : 63)

Tapi ramai yang lupa. Manusia kerjanya ialah bekerja dan 'bermajikan' Allah. Maka, pada Allah sahajalah disandarkan kekuatan agar dipertemukan sahabat-sahabat perjuangan dunia dan akhirat. Doa dan teruslah berdoa.

Di sini, saya selitkan sekali formula bersahabat kerana Allah yangsaya sendiri ambil daripada sebuah artikel. Peringatan lebih buat diri sendiri.


7 CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH :


1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya' (HR Abu Daud)

2Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)



3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria' (HR Muslim)



4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah' (HR Abu Daud)

5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'.

6. Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang' (HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan' (HR Hakim)

Sesungguhnya di antara manusia yang kasih-mengasihi itu ada kasih sayang Allah di antaranya. Namun kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit. Ukhwah fillah juga tidak lari dari dilanda ujian. Ujian itu tarbiyyah yang didatangkan daripada Allah. Apapun ujian-ujian yang melanda, JANGAN DIJUAL UKHWAH FILLAH di jalan-jalan mana sekalipun. Letakkanlah Allah di hadapan dan ayuhlah kita mendahulukan kata maaf dan lapang dada. 




Berlapang dada? Ya, ia memang ia amat susah lagi-lagi bila masalah itu melibatkan maruah diri, namun manisnya kelak akan dirasa dari arah yang tidak disangka-sangka, insyaAllah. Doakan juga saya  mampu berlapang dada dengan IKHLAS!

“Sesungguhnya selemah-lemah ukhwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhuwah itu pula adalah ithar (melebihkan orang lain).”



usrahmate ana yang buatkan, ukhti Zainab.
Pelukis dalam usrah kami.

p/s : Semalam selepas iftar mahabbah akhawat, bertaaruf dengan 'adik beradik tiri usrah'. Biasalah Eqa memang tak tahu malu kacau halaqah orang. huhu. Tak sabar nak berjaulah dengan antunna. Ada banyak benda yang Eqa nak belajar daripada antunna semua. Moga Allah permudahkan ^_^

No comments:

Post a Comment